Rakan Blogger

Tingkap Johari (Johari Window)



Konsep Tingkap Johari adalah satu teori personaliti yang diperkenalkan oleh Joseph Luft dan Harrington  Ingham. Tingkap Johari menunjukkan satu cara melihat diri sendiri. Keempat-empat bahagian di dalam rajah Tingkap Johari menunjukkan sifat-sifat diri apabila berinteraksi dengan orang lain. Jika satu daripada tingkap berubah ia akan melibatkan tingkap-tingkap yang lain. Apa perkara-perkara yang anda sedari tentang diri anda dan ada juga perkara-perkara yang anda tidak sedar tetapi disedari oleh orang lain. Oleh itu sekiranya anda semua dapat memahami konsep tingkap johari ini, ia akan sedikit sebanyak membantu anda memahami diri sendiri.



Tingkap 1 (Bebas) mewakili diri anda yang anda perlihatken kepada orang lain seperti nama, keluarga, tempat tinggal dan lain-lain. Maklumat-maklumat yang anda kongsi dengan orang lain adalah selamat dan tidak mengancam anda.

Tingkap 2 (Tidak Disedari) mewakili diri anda yang anda tidak tahu (nafas busuk) dan tidak sedar tetapi disedari oleh orang lain seperti tingkah laku anda, kesan suara atau bahasa yang anda guakan. Gaya berjalan dan lain-lain. Anda tidak dapat menilai diri sendiri tetapi orang lain akan menilai anda daripada apa yang mereka lihat dan alami semasa berinteraksi dengan anda.

Tingkap 3 (Tersembunyi) mewakili diri anda yang andatidak mahu diketahui oleh orang lain dan anda jaga dengan rapi. Anda tidak suka apabila orang cuba mencungkil. Contohnya. Perasaan anda terhadap seseorang atau sesuatu. Rahsia yang dipendam. Keinginan anda, angan-angan dan lain-lain. Anda berasa terancam apabila rahsia atau perasaan yang anda pendam cuba dicerobohi oleh orang lain. Anda rela berkongsi maklumat sulit ini jika telah ada kepercayaan

Tingkap 4 ( Tidak Diketahui Langsung ) mewakili diri yang anda tidak ketahui. Begitu juga orang lain. Ia terletak di bawah sedar dan mungkin timbul melalui mimpi, gerak hati dan hipnosis (hypaoses). Hanya Allah yang tahu.

Dibawah ini adalah bentuk Tingkap Johari yang berlaku apabila seseorang itu biasanya bertemu dengan orang lain.


Saya tahu
Saya Tak Tahu





Anda
Tahu



1
Bebas



2
Tidak Disedari




Anda
Tak Tahu

3
Tersembunyi
4
Tidak Diketahui Langsung

Meluas atau mengecilkan tingkap-tingkap tersebut bergantung kepada maklumbalas dan pendedahan diri. Apabila satu perhubungan telah bertambah mesra meklumbalas dan pendedahan diri diberi tanpa ragu-ragu kerana terdapat kepercayaan. Dengan ini Tingkap 1 (bebas) bertambah besar. Hasilnya tingkap 2 (Tidak Disedari) menjadi kecil kerana maklum balas yang diterima. Tingkap 3 (tersembunyi) juga turut menjadi kecil kerana pendedahan diri akan dilakukan dengan lebih rela disebabkan kurang rasa terancam. Tingkap 4 menjadi kecil secara berturut-turut. Ini berlaku kerana interaksi dan hubungan menjadi rapat, anda lebih rela berkongsi pendapat, perasaan dan lain-lain serta memberitahu kepada rakan-rakan anda. dI antara anda dan rakan telah timbul rasa percaya-mempercayai dan berani pula mengambil risiko. Cara ini meneguhkan lagi hubungan anda dengan orang lain.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa,bila dan bagaimanakah kite perlu mggunakan konsep tingkap johari ni?

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dalam kehidupan seharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...