Rakan Blogger

Menunggu Keputusan SPM


Assalamualaikum w.b.t. Tahniah kepada adik-adik yang sudah berjaya melalui satu peperiksaan yang penting yang menentukan halatuju dan matlamat adik-adik semua selepas ini. Adik-adik telah berusaha, dan sama ada berjaya atau tidak usaha adik-adik itu sama-samalah kita berdoa dan tawakal supaya keputusan yang diperolehi itu mengembirakan adik-adik, ibu bapa, dan guru-guru di sekolah sepertimana yang diharapkan. Peperikasaan yang tamat penghujung bulan Disember, biasanya tiga bulan kemudian barulah keputusan SPM di umumkan. Tiga bulan itu panjang tempohnya, bersamaan dengan hampir 90 hari. Tetapi sudah ada diantara adik-adik semua mula merancang untuk bagaimana untuk menggunakan masa menunggu result itu dengan baik. Tak kurangnya yang masih belum ada perancangan. Dan ada juga yang mahu berehat sahaja di rumah sementara result SPM di umumkan. Tetapi apakah yang sewajarnya adik-adik lakukan?

Bercuti Tenangkan Fikiran (Happy Holiday)
Selepas berakhirnya peperangan besar dengan menjawab soalan peperiksaan yang cukup mencabar pasti stress tidak dapat dielakkan. Terutama yang jenihs study hard dan berkerja keras membuat revesion  semasa exam mood. Jadi adalah wajar untuk adik-adik semua ambil sedikit masa untuk diri adik-adik release tension. Janganlah terlalu obses untuk mengetahui keputusan, atau mengenangkan mana-mana slot soalan atau paper yang tidak dapat jawab dengan baik. Berehatlah untuk tenangkan fikiran, mungkin adik-adik boleh request pada parent untuk bercuti kemana-mana sekeluarga. Ataupun adik-adik boleh luangkan masa yang ada dengan melakukan perkara yang adik minat, hobi adik-adik.Waktu menanti result SPM sebenarnya adalah waktu paling kosong dan lapang bagi adik-adik, jadi luangkan masa untuk diri sendiri dengan baik dan bermanfaat.

Kerja Sambilan (Part-timer)
Ini adalah salah satu pilihan paling fofular (popular) dalam kalangan mereka yang sedang menunggu result SPM. Ada yang sehari selepas last paper dah mula cari kerja dan datang pergi walk-in interview. Di antara pekerjaan yang selalunya memerlukan mereka yang sedang menunggu result adalah seperti promoter, pembantu jualan, penjaga 7-Eleven,  pembantu kedai makan, cashier di mall, kilang, dan  flyers. Kalau dapat basic RM 800 hingga RM 900 dah kira agak berbaloi dah. Bekerja sambilan sementara menanti result SPM sebenarnya bagi saya adalah bagus sebab dapat mencari duit poket sendiri dan tidaklah membebankan ibu bapa. Selain itu semasa adik-adik bekerja sambilan, adik-adik boleh gilap sikit kemahiran interpersonal secara tak langsung. Ini kerana walaupun hanya kerja sambilan, adik-adik didedahkan kepada persekitaraan yang berinteraksi dengan orang yang lebih dewasa dari adik-adik, dan ini sedikit sebanyak mengajar adik untuk berkomunikasi dengan baik. Atleast mana tahu jika dipanggil interview untuk saringan diploma nanti, adik-adik dah biasa dangan laras bahasa yang sesuai dan matang. Jadi di situ ada advantage untuk adik-adik nanti masa sesi interview.

Kursus Kemahiran Jangka Pendek (Short-term Course)
Selain bekerja sambilan, saya lebih cadangkan adik-adik sertai mana-mana kursus yang diminati contohnya kursus bahasa inggeris, kursus komputer, atau kursus kepimpinan. Biasanya kursus-kursus ini semua hanya mengambil masa singkat sahaja di antara 8 minggu hingga 12 minggu sahaja. Kursus jangka masa pendek ini bertujuan untuk memantapkan diri adik-adik secara kemahiran. Jika adik-adik lemah berkomunikasi berbahasa inggeris maka adalah baik untuk adik perbaikinya sementara menunggu result. Ataupun adik-adik minat IT dan memang nak sambung bidang IT lepas SPM, apa kata adik-adik join kursus-kursus komputer. Selain dari kursus-kursus jangka pendek ini, adik-adik juga boleh juga sertai aktiviti macam riadah & rekiasi. Biasanya, Jabatan Belia dan Sukan di negeri-negeri kerap adakan aktiviti dan program-program untuk remaja-remaja antara 18 - 21 tahun yang berkonsepkan membentuk daya kempimpinan dan sahsiah diri. Oleh itu adik-adik kenalah rajin-rajin search di internet jika ada tawaran peluang-peluang kursus yang bersesuaian dengan minat adik-adik.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...