Rakan Blogger

Fadhilat Memotong Kuku


Rasulullah S.A.W Bersabda; Yang Ertinya:
"Barang siapa yang mengerat (memotong) kukunya pada;"


HARI SABTU
"Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit"

HARI AHAD
"Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan"

HARI ISNIN
"Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat"

HARI SELASA
"Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit"

HARI RABU
"Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan."

HARI KHAMIS
"Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit."

HARI JUMAAT
"Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala."

Kisah 5 Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Aura adalah Perisai Diri

Samada kita sedari atau tidak, terdapat jaluran tenaga elektromagnet yang melingkungi (menutupi) disekeliling tubuh manusia. Tenaga elektro magnetik ini berbeza-beza pada paras gelombang yang tertentu dalam ukuran nanometer (nm). Tenaga elektromagnetik ini juga dikenali sebagai perisai diri atau aura. Ia bertindak melindungi diri sesaorang sepertimana lapisan ozon memelihara bumi dari pancaran cahaya alpha, beta dan gamma. Bagi mereka yang pertama kali membaca entri atau artikel seperti ini mungkin agak tidak faham dengan beberapa istilah yang digunakan. Secara asasnya, terdapat 4 warna perisai diri, iaitu Puteh, Pink, Hijau dan Biru. Setiap orang hanya mewarisi satu sahaja warna aura dan aura ini kekal dengan sesaorang itu sehingga akhir hayatnya. Daripada warna aura, kelemahan atau kelebihan sesaorang itu dapat dikenalpasti. Bagi sesaoarang yang tidak mengalami sebarang penyakit spiritual, mental, emosi dan fizikal maka gambar auranya hanya akan menunjukkan satu warna sahaja. Melalui gambar aura penyakit atau kelemahan pada anggota sesaorang itu dapat dikesan. Frekuensi getaran yang melingkungi tubuh kita menggambarkan hal keadaan organ-organ dalaman kita. Bagi sesaorang yang mengalami kesakitan pada organ-organ tertentu dalam tubuhnya maka aura nya akan menunjukkan kesan-kesan ini dengan warna yang tidak seimbang pada aura nya seperti dalam gambar di sebelah ini. Setiap warna mempunyai kelebihan dan kelemahan dari segi penyakit, tabiat, perangai dan sebagainya. Warna AURA ini dapat dilihat dengan menggunakan Kamera Kirlian (Kirlian Camera). Manusia memegang rahsia susunan sistem piramid sebenarnya. Apabila cahaya putih dari sinaran cahaya matahari memasuki tubuh melalui ubun-ubun kepala dimana terletaknya kelenjar Pineal selaku prisma yang akan menyebarkan spektrum cahaya iaitu warna-warna pelangi ke sistem-sistem tubuh bagi peneutralan yang dibantu Hydrogen (Air) yang tersedia ada di bahagian perut-usus .

(contoh gambar yang diambil menggunakan Kamera Kirlian bagi mengesan warna aura)


p/s: Sumber from CVT Malaysia (Colour Vibration Therapy).

Tidak Bercakap Benar, Menipu dan Berbohong

"Liar!!! Liar!!!" ungkapan ini sinonim dengan movie dlakonan Jim Carey yang mengisahkan seorang peguam yang berbohong dalam kes-kesnya. Nampak licik dan bijak. Tidak bercakap benar, menipu dan berbohong? Ermmmm.... dari segi definisi yang lebih tepat boleh rujuk kamus. Tetapi apa yang saya tahu antara menipu, berbohong dan tidak bercakap benar tiada bezanya kerana ia tergolong dari kelompok yang sama. Ia boleh diterangkan dalam satu frasa sahaja, "Orang yang tidak bercakap benar akan berbohong untuk menipu". Nampak tak??? Siapa yang tak pernah menipu, berbohong dan tidak bercakap benar? Siapa tak pernah jumpa orang yang berbohong? Siapa tidak pernah kena tipu? Dan siapa pula tak pernah tengok atau dengar cerita pasal orang yang tipu orang? Jika difikirkan kita memang sukar nak faham kenapa seseorang itu berbohong. Dan kita tidak tahu bila dia akan berbohong. Apa motifnya? Adakah mungkin nak menyembunyikan sesuatu kesalahan, kelemahan atau kesilapan. Atau mereka mahu tunjukkan kehebatan diri supaya lebih menonjol. Atau ini memang sebahagian dari habit kepada sesetengah individu yang memang menjadikan berbohong sebagai hobi atau kemestiaan dalam lifestyle mereka. Ntah la.... sukar nak mencari punca sebenarnya... Pepatah pernah menyebut "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah" tetapi saya ada satu pepatah baru "Sepandai-pandai katak melompat dia tetap kat tanah jugak" Hehehe... Bukanlah nak cakap saya tidak pernah menipu or berbohong (macam baik sangat pulak). Tetapi jika mahu berbohong atau menipu janganlah sampai nak tipu diri sendiri itu sudah kritikal sangat. Effectnya adalah diri sendiri juga. So, kepada sesiapa nak menipu or cuba berjinak-jinak dengan pembohongan fikir-fikirkanlah padah atau kesannya kelak. Agama pun melarang kita dari berbohong walaupun untuk tujuan yang baik.

10 Sebab Manusia Menipu dan Berbohong?


  1. Menipu kerana terpaksa dan dipaksa oleh orang lain.
  2. Takut kepada kebenaran, sukar menerima hakikat hidup.
  3. Ingin mendapatkan sesuatu dengan cara menipu dan berbohong seperti mendapatkan kekayaan, kepercayaan dan lain-lain
  4. 'Ideal Self' + 'Public Self' yang terlalu tinggi, menyebab ego sukar dikawal.
  5. Penipuan dan Pembohongan dijadikan satu cara meyakinkan diri atau bertujuan mewujudkan kekuatan diri jangka masa pendek (mekanisme bela diri).
  6. Sudah menjadi kebiasaan atau habit kerana sekian lama hidup dalam pembohongan.
  7. Ingin lari daripada masalah atau kesempitan hidup.
  8. Hilang punca atau tujuan hidup jadi kejayaan dalam menipu seseorang adalah satu pencapaian.
  9. Membalas dendam kerana pengalaman pernah ditipu oleh orang lain.
  10. Keceleruan personaliti.

Bagaimana Kita Boleh Tahu Orang Berbohong?

Actually saya mengepost entri adalah untuk ditujukan kepada seorang sahabat yang memang kerap berbohong kepada orang sekelilingnya termasuk orang yang menyayanginya. Dan paling malang sekali apabila dia membohongi dirinya sendiri, teman baik dan cintanya ia memakan diri sendiri kerana kerap kali 'kantoi'. Tetapi bukan itu tujuan saya memasukkan entri ini tetapi lebih kepada perkongsian ilmu yang saya ada. Saya sangat bersimpati ke atas beliau dan berharap suatu hari nanti ada cahaya kesedaran dalam dirinya kerana dia mempunyai potensi untuk menjadi orang berjaya di masa akan datang. Tiada guna beliau berbohong untuk menyembunyi sesuatu kerana 'kami' sebagai rakan-rakannya boleh tahu dan Allah S.W.T juga lebih Maha Mengetahui. Ok, bagaimana kita boleh tahu seseorang itu sedang berbohong. Ada beberapa tanda-tanda atau simptom yang boleh dilihat apabila seseorang itu cupa berbohong atau menipu.

Menyentuh Hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai 'kesan pinocchio'. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup Mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Ini juga berlaku kerana tindakan dibawah sedar seseorang yang sedang berbohong.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan Mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan Jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. Biasanya orang yang tidak berpaksi kepada kebenaran akan cuba berpusing-pusing pada satu fakta yang tidak kukuh. Dan kemungkinan besar akan cuba 'twice' sesuatu kebenaran kepada pembohongan yang nyata.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. Orang yang resah lama-kelamaan akan berpeluh dan muka agak kemerahan.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong. Setiap orang pasti pernah berbohong walaupun sekali sama ada dalam sedar atau tidak sedar. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah terlepas dari membuat silap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...