Fobia bermaksud dimana pesakit mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus. Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang lalu atau pelaziman (conditioning) dimana rangsangan (stimulus) yang neutral dikaitkan dengan rasa takut atau cemas apabila mereka terdedah dengan situasi yang sama. Fobia adalah sebahagian daripada gejala penyakit jiwa yang lain seperti kemurungan (anxiety disorders). Umumnya ketakutan terbahagi dua iaitu takut biasa (normal fears) dan takut luarbiasa
(abnormal fears). Fobia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu fobia agora, fobia sosial dan fobia biasa. Kesan daripada fobia ini biasanya akan menyebabkan anda kemurungan, mudah panik, pengambilan alkohol berlebihan, dan timbulnya perasaan rendah diri. Untuk mengatasinya anda perlulah sentiasa berada dalam keadaan relax dan cuba tumpukan perhatian kepada sesuatu yang positif. Akhir sekali sentiasa yakinkan diri anda bahawa tiada sebarang bahaya akan menimpa diri anda selagi ianya dalam kawalan. Jika luar kawalan, adakah anda fobia?
Abnormal
Bahasa
Bawah Sedar
Budaya
Cerita
DirektOri
Fakta
Fenomena
Info
Islam
Kajian
Kaunseling
Kerjaya
Kesihatan
Kisah Teladan
Kod Etika
Lelaki
Malaysia
Menarik
Motivasi
My Artikel
Pelik
personaliti
Psikologi
Rahsia Tarikh Lahir
Sains Teknologi
Sejarah
Seks
Sukan
teori
Tips
Top Ten
Uji Minda
Universiti
Video
Wanita
Apa itu Somatotype?
Korelasi Air Dengan Emosi Manusia
Gambar diatas ini adalah gambar satu molekul air yang biasa kita gunakan dalam kehidupan seharian. Memang kita memang tidak pernah gambarkan rupa bentuk air yang sebenar kerana itu tidak penting bagi kita. Apa yang penting pada masyarakat hari ini adalah memastikan air ada untuk digunakan. Pernah atau tidak kita terfikir tentang keajaiban air? Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji dari Jepun yang bernama Masaru Emoto, air sebenarnya akan bertindakbalas dengan emosi manusia di mana air mampu merekod, merakam, menyimpan dan mengalirkan tenaga. Molekul air akan kelihatan bersinar-sinar sekiranya mendapat tindakbalas yang positif. Kita mungkin tidak sedar akan keadaan ajaib ini kerana kita sering kali lupa dan leka dengan benda-benda lain. Jadi, kita semua mungkin terlepas pandang tentang perkara ini. Yang menariknya disini, manusia sering menggunakan air kerana air merupakan keperluan asas bagi manusia tetapi kita tidak pernahkah terfikir bagaimanakah keadaan molukel air yang kita gunakan. Sedangkan air sentiasa memberi tindakbalas terhadap ransangan emosi manusia. Mulai hari ini adakah kita menggunakan air dengan sebaiknya atau menghiraukan peranan selagi ianya masih banyak?
Langgan:
Catatan (Atom)