Rakan Blogger

Kesan & Bahaya Merokok


Hasil bancian menunjukkan bilangan perokok di barat lelaki menurun manakala bilangan perokok perempuan masih sama. Perokok paling ramai adalah mereka diantara umur 16 hingga 24 tahun. Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.

Apakah bahaya merokok ?

Beza Otak Lelaki & Perempuan


Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 10 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!


Warna & Personaliti


Entri kali ini Psikotube nak post mengenai warna kegemaran pula. Sebab warna kadang-kadang mempunyai hubungkait dengan personaliti kita dan mampu mempengaruhi 'mood' seseorang itu berdasarkan warna. Sebagai contoh, warna baju sering memainkan peranan pentingdalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi persekitaran seseorang. Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai. Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas. 

Kisah Si Pengunting Rambut


Pada satu hari seorang pelanggan datang ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan merapikan janggutnya. Si tukang gunting pun mula menggunting rambut pelanggannya dan bermulalah perbualan di antara mereka. Mereka membicarakan banyak perkara dan pelbagai topik perbualan sehingga pada suatu ketika, topik perbualan beralih tentang Tuhan.


Graduan Muda Sukar Mendapat Pekerjaan



Sebuah kaji selidik yang dilakukan oleh agensi pekerjaan, Jobstreet.com menunjukkan bahawa 55% majikan menyatakan bahawa ramai yang meminta jumlah gaji yang terlalu tinggi manakala 48% lagi berkata lemah Bahasa Inggeris adalah antara faktor utama mengapa ramai graduan dari kedua-dua pusat pengajian kerajaan dan swasta tempatan masih lagi menganggur.

” Jika kaji selidik yang dijalankan sebelum ini mendapati kurang kebolehan berbahasa Inggeris sebagai faktor utama, kini, sikap buruk telah menggantikan faktor tersebut,” menurut ketua pegawai operasi Jobstreet.com, Suresh Thiru.

Beliau berkata, selain itu ada juga sesetengah graduan tidak langsung memberitahu syarikat-syarikat terlibat jika mereka lewat untuk menghadiri sesi temuduga atau tidak dapat hadir langsung.Baru-baru ini, satu pengumuman telah dibuat menyatakan bahawa jumlah graduan yang menganggur telah meningkat dari 65,000 kepada 71,600 walaupun jumlah keseluruhan pengangguran telah berkurang dari 3.4% kepada 3.1% pada suku pertama tahun ini.

Satu lagi kaji selidik yang telah dilakukan oleh agensi Kelly Services menunjukkan bahawa ramai graduan yang meminta waktu kerja mereka diseimbangkan supaya mereka boleh membahagikan masa tersebut dengan aktiviti peribadi mereka dan bukannya sebaliknya. Pengurus pemasaran syarikat tersebut, Jeannie Khoo berkata, kebanyakan majikan juga tidak menggemari sikap buruk dan sikap tiada semangat juang para graduan ini untuk menaikkan taraf hidup mereka sendiri.

“Kebanyakan mereka masih mempunyai pandangan yang salah di mana mereka berfikir bahawa mereka mampu mendapat jumlah gaji yang besar walaupun jika mereka baru sahaja bekerja. Industri perbankan contohnya, mereka mahukan gaji sebanyak RM3,000 sedangkan menurut kadar pasaran, mereka sepatutnya mendapat gaji sebanyak RM2,200,” kata beliau.

Ketua pengambilan pekerja bagi syarikat Pricewaterhouse Coopers Malaysia, Salika Suksuwan, berkata, beberapa calon mungkin telah diberikan beberapa tawaran untuk bekerja.Namun, mereka bertindak secara tidak professional dengan menolak semua tawaran yang telah diberikan – dengan tidak menghadirkan diri untuk sesi temuduga ataupun hari pertama bekerja.

“Kadangkala kami terpaksa menghubungi mereka untuk mengingatkan mereka tentang sesi temuduga mereka sendiri apabila mereka gagal menghadirkan diri,” kata beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Talent Corp, Johan Mahmood Merican pula menasihatkan para garaduan supaya tidak membuat sebarang permintaan melampau terhadap gaji mereka.

“Menyertai sesebuah syarikat adalah lebih penting supaya dapat menambahkan pengalaman dan ianya juga boleh juga dijadikan sebagai persediaan untuk menghadapi masa hadapan,” kata beliau.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, separuh daripada pemohon yang mendaftar di bawah portal JobsMalaysia (www.jobsmalaysia.gov.my) telah berjaya mendapat pekerjaan. Beliau berkata demikian semasa melancarkan pesta Graduan Aspire 2011 semalam, beliau berkata bahawa hampir 300,000 pemohon kini telah mendaftarkan diri pada laman web tersebut. (www.thestar.com.my)

Source : http://mynewshub.my/bm/2011/07/17/kenapa-graduan-muda-susah-dapat-kerja/

Kod Etika Kaunselor (Kod Tatalaku)

PERHATIAN : Psikotube hanya memaparkan sebahagian daripada Kod Etika Kaunselor ini. Sila dapatkan kod etika bercetak sebagai rujukan anda. Untuk mendapatkan dan membuat tempahan Kod Etika Kaunselor bolehlah melakukannya melalui PERKAMA CONSULTANTS.

 (Harga : RM 8.00 , Item Kod : 0007)

MUKADIMAH

1. Kod Etika ini bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan standard perlakuan kaunselor dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. la juga merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan kepada harga diri, digniti, dan keunikan semua individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada semua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawab.

5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksimum. Kod Etika ini berperanan sebagai panduan kepada Majlis Kaunseling Kebangsaan untuk membuat keputusan dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan etika.

Sempena Hari Pekerja 1 Mei

 
 Apakah keistimewaan 1 Mei? Pastinya, sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa pada hari tersebut adalah merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Pada hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.
Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka.

Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.

Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.  Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.

Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa. - MESRA
 
Source : Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...