Entri kali ini Psikotube nak post mengenai warna kegemaran pula. Sebab warna kadang-kadang mempunyai hubungkait dengan personaliti kita dan mampu mempengaruhi 'mood' seseorang itu berdasarkan warna. Sebagai contoh, warna baju sering memainkan peranan pentingdalam mewujudkan suasana
mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi
persekitaran seseorang. Kuasa warna juga secara tidak langsung
menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan
personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood
pemakai. Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang
melambangkan personaliti. Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah
akan kelihatan berani, merah dan cergas.
Abnormal
Bahasa
Bawah Sedar
Budaya
Cerita
DirektOri
Fakta
Fenomena
Info
Islam
Kajian
Kaunseling
Kerjaya
Kesihatan
Kisah Teladan
Kod Etika
Lelaki
Malaysia
Menarik
Motivasi
My Artikel
Pelik
personaliti
Psikologi
Rahsia Tarikh Lahir
Sains Teknologi
Sejarah
Seks
Sukan
teori
Tips
Top Ten
Uji Minda
Universiti
Video
Wanita
Kisah Si Pengunting Rambut
Pada satu hari seorang pelanggan datang ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan merapikan janggutnya. Si tukang gunting pun mula menggunting rambut pelanggannya dan bermulalah perbualan di antara mereka. Mereka membicarakan banyak perkara dan pelbagai topik perbualan sehingga pada suatu ketika, topik perbualan beralih tentang Tuhan.
Graduan Muda Sukar Mendapat Pekerjaan
Sebuah kaji selidik yang dilakukan oleh agensi pekerjaan,
Jobstreet.com menunjukkan bahawa 55% majikan menyatakan bahawa ramai
yang meminta jumlah gaji yang terlalu tinggi manakala 48% lagi berkata
lemah Bahasa Inggeris adalah antara faktor utama mengapa ramai graduan
dari kedua-dua pusat pengajian kerajaan dan swasta tempatan masih lagi
menganggur.
” Jika kaji selidik yang dijalankan sebelum ini mendapati kurang
kebolehan berbahasa Inggeris sebagai faktor utama, kini, sikap buruk
telah menggantikan faktor tersebut,” menurut ketua pegawai operasi
Jobstreet.com, Suresh Thiru.
Beliau berkata, selain itu ada juga sesetengah graduan tidak
langsung memberitahu syarikat-syarikat terlibat jika mereka lewat untuk
menghadiri sesi temuduga atau tidak dapat hadir langsung.Baru-baru ini, satu pengumuman telah dibuat menyatakan bahawa jumlah
graduan yang menganggur telah meningkat dari 65,000 kepada 71,600
walaupun jumlah keseluruhan pengangguran telah berkurang dari 3.4%
kepada 3.1% pada suku pertama tahun ini.
Satu lagi kaji selidik yang telah dilakukan oleh agensi Kelly
Services menunjukkan bahawa ramai graduan yang meminta waktu kerja
mereka diseimbangkan supaya mereka boleh membahagikan masa tersebut
dengan aktiviti peribadi mereka dan bukannya sebaliknya. Pengurus pemasaran syarikat tersebut, Jeannie Khoo berkata,
kebanyakan majikan juga tidak menggemari sikap buruk dan sikap tiada
semangat juang para graduan ini untuk menaikkan taraf hidup mereka
sendiri.
“Kebanyakan mereka masih mempunyai pandangan yang salah di mana
mereka berfikir bahawa mereka mampu mendapat jumlah gaji yang besar
walaupun jika mereka baru sahaja bekerja. Industri perbankan contohnya,
mereka mahukan gaji sebanyak RM3,000 sedangkan menurut kadar pasaran,
mereka sepatutnya mendapat gaji sebanyak RM2,200,” kata beliau.
Ketua pengambilan pekerja bagi syarikat Pricewaterhouse Coopers
Malaysia, Salika Suksuwan, berkata, beberapa calon mungkin telah
diberikan beberapa tawaran untuk bekerja.Namun, mereka bertindak secara tidak professional dengan menolak
semua tawaran yang telah diberikan – dengan tidak menghadirkan diri
untuk sesi temuduga ataupun hari pertama bekerja.
“Kadangkala kami terpaksa menghubungi mereka untuk mengingatkan
mereka tentang sesi temuduga mereka sendiri apabila mereka gagal
menghadirkan diri,” kata beliau.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Talent Corp, Johan Mahmood
Merican pula menasihatkan para garaduan supaya tidak membuat sebarang
permintaan melampau terhadap gaji mereka.
“Menyertai sesebuah syarikat adalah lebih penting supaya dapat
menambahkan pengalaman dan ianya juga boleh juga dijadikan sebagai
persediaan untuk menghadapi masa hadapan,” kata beliau.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk
Maznah Mazlan berkata, separuh daripada pemohon yang mendaftar di bawah
portal JobsMalaysia (www.jobsmalaysia.gov.my) telah berjaya mendapat pekerjaan. Beliau berkata demikian semasa melancarkan pesta Graduan Aspire 2011
semalam, beliau berkata bahawa hampir 300,000 pemohon kini telah
mendaftarkan diri pada laman web tersebut. (www.thestar.com.my)
Source : http://mynewshub.my/bm/2011/07/17/kenapa-graduan-muda-susah-dapat-kerja/
Kod Etika Kaunselor (Kod Tatalaku)
PERHATIAN : Psikotube hanya memaparkan sebahagian daripada Kod Etika Kaunselor ini. Sila dapatkan kod etika bercetak sebagai rujukan anda. Untuk mendapatkan dan membuat tempahan Kod Etika Kaunselor bolehlah melakukannya melalui PERKAMA CONSULTANTS.
(Harga : RM 8.00 , Item Kod : 0007)
MUKADIMAH
1. Kod Etika ini bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan standard perlakuan kaunselor dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. la juga merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.
2. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan kepada harga diri, digniti, dan keunikan semua individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.
3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada semua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.
4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawab.
5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksimum. Kod Etika ini berperanan sebagai panduan kepada Majlis Kaunseling Kebangsaan untuk membuat keputusan dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan etika.
Sempena Hari Pekerja 1 Mei
Apakah keistimewaan 1 Mei? Pastinya, sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa pada hari tersebut adalah merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Pada hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.
Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka.
Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.
Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari. Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.
Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa. - MESRA
Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.
Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari. Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.
Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa. - MESRA
Ciri - Ciri Kaunselor Silang Budaya (Cross-culture)
Untuk entri ini, saya nak berkongsi sedikit ciri-ciri kaunselor yang menjalankan kaunseling Silang Budaya (Cross-culture). Untuk menghuraikan ciri-ciri kaunselor dalam kaunseling silang budaya terdapat empat elemen yang boleh kita lihat iaitu sikap kaunselor, pengetahuannya, kemahiran, kaunselor dan kepompong budayanya.
Sikap Kaunselor (Counselor Attitude)
"To know where you are going, you must understand where you come from." Kata-kata ini dipetik daripada E.F Sherida iaitu The World of Culture Presiden. Dari petikan diatas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk seseorang kaunselor itu memahami siapakah dirinya sebelum mengenali kliennya yang berlainan budaya darinya. Sebagai kaunselor yang menjalankan sesi silang budaya, adalah perlu untuk dia bukan sekara mengetahui malah memahami asal-usul dia. Perkara seperti agama, etnik, tradisi dan pantang larang yang berlegar di sekeliling dirinya perlu disedari supay tidak menjejaskan sesi yang dijalankan. Selain itu, kaunselor perlu menyedari nilai budaya yang dipegangnya bagaimana dia sendiri melihat sesuatu budaya itu daripada sudut pandangannya kemudian barulah memahami budaya kliennya. Ini penting jika kaunselor sendiri gagal menyedari wujudnya perbezaan dan persamaan budaya dia dengan kliennya, pasti ada halangan dalam menjalankan sesi. Untuk itu apapun perbezaan yang timbul dari aspek budaya kaunselor harus bijak menselesakan dirinya semasa menjalankan sesi. Ingat salah satu prinsip kaunseling adalah percaya yang setiap manusia itu unik dan berpontensi untuk berkembang. Jadi apa pun budaya yang diamal oleh klien dia harus menerima tanpa syarat tetapi tidak perlulah memaksa diri jika rasa tidak pasti yang anda mampu mengendalikan sesi silang budaya.
Pengetahuan Kaunseling (Counseling Knowledge)
Pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang kaunselor itu sebenarnya antara satu faktor yang mempengaruhi perjalanan sesi kaunseling silang budaya dan apa-apa jenis sesi sekalipun. Pengetahuan kaunseling tidak terhad dalam memahami teori-teori tertentu sahaj. Ini kerana di dalam kaunseling silang budaya, kaunselor perlu memperkembangkan lagi pengetahuannya mengenai budaya-budaya lain. Hal ini akan lebih membantu kaunselor untuk memahami kliennya. Pengetahuan kaunselor terhadap kliennya juga penting, semasa penerokaan adalah perlu untuk kaunselor mengetahui sejarah, pengalaman, alamaln tradisi, nilai kebudayaan yang dipegang oleh kliennya.
Kemahiran Kaunselor (Counselor Skill's)
Dalam kaunseling silang budaya, penekanan terhadap empati adalah penting. Kaunselor perlu tahu memahami secara lisan dan bukan lisan. Biasanya isu yang timbul dalam kaunseling silang budaya adalah laras bahasa yang digunakan dalam sesi. Sekiranya terdapat istilah yang tidak difahami kaunselor, dia perlu bertanya kepada klien bagi memastikan apa yang difahami tentang istilah tertenttu adalah menepati dengan apa yang klien ingin sampaikan. Oleh itu, kemahiran kaunselor bukan sahaja tentang kemahiran kaunseling yang dikuasai malah ia merangkumi kemahiran berbahasa dan memahami body language kliennya. Adalah satu kelebihan jika kaunselor dapat menguasai lebih dari satu bahasa.
Kaunselor & Kepompong Budaya (Culturally Encapsulated Counselor)
Kegagalan kaunselor untuk mengahadi kepelbagaian budaya dalam sesi silang budaya disebabkan kaunselor terperangkap dalam kepompong budaya. Kaunselor tidak menyedari akan wujudnya perbezaan nilai dalam budaya kliennya. Kesannya adakah klien selesa dengan sesi yang dijalankan? Disini, adalah perlu bagi seseorang kaunselor mengelak steroetaip dengan melihat kliennya berdasarkan dari mana kelompok asal kliennya. Ini perlu dielakkan, dan untuk memastikan ini tidak berlaku nilai keterbukaan dan kejujuran perlu diamalkan oleh seseorang kaunselor itu. Kaunselor perlu bersikap terbuka dengan apa yang dikongsikan kliennya mengenai budaya atau apa saja. Kaunselor juga perlu jujur dan bersikap telus dengan apa yang difikirkan. Oleh itu, dengan cara ini kaunselor dapat mengelak culturally encapsulated yang membawa kesan negatif kepada perhubungan teraputik antara klien dengan kaunselor.
Tingkap Johari (Johari Window)
Konsep Tingkap Johari adalah satu teori personaliti yang diperkenalkan oleh Joseph Luft dan Harrington Ingham. Tingkap Johari menunjukkan satu cara melihat diri sendiri. Keempat-empat bahagian di dalam rajah Tingkap Johari menunjukkan sifat-sifat diri apabila berinteraksi dengan orang lain. Jika satu daripada tingkap berubah ia akan melibatkan tingkap-tingkap yang lain. Apa perkara-perkara yang anda sedari tentang diri anda dan ada juga perkara-perkara yang anda tidak sedar tetapi disedari oleh orang lain. Oleh itu sekiranya anda semua dapat memahami konsep tingkap johari ini, ia akan sedikit sebanyak membantu anda memahami diri sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)





