Panduan Membuat Keputusan Tanpa Penyesalan
Oleh: Marhaini Yusof, Mastro Training and Solution.
Pernah anda berasa di persimpangan ingin membuat keputusan terbaik, namun tidak mampu melihat masa depan. Lalu anda mengikut gerak hati, memejamkan mata dan bertawakal. Anda membuat pilihan dan mengharap itulah yang terbaik. Bagaimana membuat keputusan yang baik tanpa merasa sangsi? Sebelum membuat keputusan, ada beberapa perkara yang perlu kita selidik dan lakukan bagi mengelakkan konflik yang mampu kita hindari.
Analisis keadaan.
Sebelum kita membuat pilihan atau keputusan ada beberapa perkara yang perlu jelas dan soalkan seperti: Perlukah kita membuat keputusan? Kenapa kita perlu membuat pilihan? Apakah pilihan yang kita ada? Bagaimana kita boleh mengklasifikasikan pilihan itu?
Bezakan antara 'kehendak' dan 'kemestian'.
Banyak perkara yang kita inginkan dalam hidup dinamakan 'kehendak'. Namun, kita sering terikat dengan perkara mandatori yang perlu kita lakukan yang kita kategorikan sebagai 'kemestian'. Timbanglah kedua-duanya dan buat pilihan yang terbaik dengan suara hati dan kawal emosi. Ketika membuat pilihan kita harus menentukan apa yang kita lakukan benar-benar memenuhi kehendak dan keperluan, justeru dalam apa jua keadaan pun, kitalah yang akan menerima implikasinya. Dalam pada itu, cuba buat pilihan dalam keadaan tenang.
Mencari maklumat tepat dan mengumpul data.
Carilah maklumat tepat mengenai pilihan yang ingin kita buat. Seandainya kita ingin menukar kerjaya, carilah maklumat mengenai (Contohnya, tuntutan, ganjaran, suasana dan budaya kerja) melalui saluran yang boleh dipercayai.
Menimbang risiko.
Setiap pilihan yang ingin kita lakukan pasti ada risikonya. Jujurlah menganalisis keadaan dan menggariskan risiko yang mungkin kita hadapi. Selongkarilah risiko yang mendatang dan gariskan kemungkinan tanpa ingin menyoroknya.
Berbincang dengan Pakar.
Ada waktunya, kita mungkin perlu berbincang dengan dengan pakar atau individu yang lebih mengetahui sesuatu perkara bagi membimbing kita membuat pilihan dan keluar daripada kemelut pilihan serta dilema yang sedang kita hadapi. Sebenarnya keputusan terletak pada tangan kita, Cuma pakar membantu kita melihat keadaan dengan lebih jelas.
Memohon petunjuk dan berserah kepada Tuhan.
Pohonlah petunjuk daripada Allah untuk disempurnakannya selepas kita cuba mengusahakan yang terbaik. Allah adalah sebaik-baik pendengar dan petunjuk.
Selepas membuat pilihan, percayalah inilah pilihan yang terbaik buat diri kita. Hampir semua perkara yang kita lakukan dalam hidup ini berdasarkan pilihan yang kita buat dan yang tidak kita buat. Buatlah pilihan tanpa rasa kesal!
5 Tips Membina Kerjaya Cemerlang

Optimis dan Fleksible
Bersikap optimis dan fleksible dengan melihat segala jenis perubahan sebagai cabaran dan bukannya ancaman. Sukar untuk anda berjaya jika tidak fleksible terhadap segala perubahan yang berlaku.
Kuasai Teknologi Maklumat
Pelajari dan kuasai maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan teknologi kerana kemajuan teknologi masa kini berkembang dengan pesatnya. Jangan jadikan alasan kegagalan menyiapkan pekerjaan anda kerana tidak menguasai teknologi sebagai penyebabnya.
Belajar Mengurus
Belajar untuk mengurus dan mengko-ordinasi segala urusan dengan baik kerana ini akan banyak membantu anda dalam pekerjaan.
Peka Pada Persekitaran
Peka terhadap segala perkara yang boleh memajukan organisasi anda. Bersikaplah secara pro-aktif dan ianya bukan menjadi satu kesalahan.
60 Petua Mendapatkan Pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hari wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Haiwan Pelik : BONYET
Mengenal Kemarahan Anda
Rahsia Tarikh Lahir
Ada Rahsia di Sebalik Tarikh Lahir?
Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi? Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain. RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai ‘Paksi’ untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan.


Apakah maksud disebalik nombor-nombor itu?
Kekuatan:
Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.
Kod Asas : 2
Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu
Kod Asas : 3
Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – ”all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.
Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Kod Asas : 4
Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.
Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.
Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Kod Asas : 5
Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
Kod Asas : 6
Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor ‘6′ mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor ‘6′ akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.
Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Kod Asas : 7
Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.
Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar
Kod Asas : 8
Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.
Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Kod Asas : 9
Kekuatan:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
Kelemahan:
Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional
Subliminal Massage: Pengaruh Minda Bawah Sedar
(Gambar diatas adalah satu dari animasi Disney yg meng-subliminasikangambar wanita bogel ke dalam minda kanak-kanak)
Untuk makluman pembaca subliminal message ini juga digunakan oleh pendakwah kristian untuk mempengaruhi orang Islam. Hal ini telah lama berlaku, dan oleh yang demikian kita hendaklah mempunyai kesedaran tentang subliminal message ini dan ilmu minda separa sedar. Jangan jadi manusia yang malas untuk ambil tahu hal-hal terkini, akibatnya bangsa kita akan mudah tertipu dengan kemajuan teknologi minda bangsa asing. Ini adalah punca kejatuhan akhlak dan moral, kedegilan, serta kemerosotan kehidupan bangsa kita. Sampai bila kita hanya menjadi MANGSA kepada bangsa lain, sedangkan mereka semakin maju, kita semakin mundur dan jatuh.




