Nama Sigmund Freud tidak asing lagi dalam dunia psikologi. Nama beliau amat fimiliar bagi sesiapa sahaja yang meminati dan mempelajari ilmu psikologi. Freud dilahirkan di Freiberg, Moravia pada 6 Mei 1856. Beliau merupakan bapa psikoterapi moden. Ketika umur 17 tahun, Freud telah memasuki sekolah perubatan di Universiti Vienna pada tahun 1873. Menceburi bidang perubatan dan seterusnya membuat pengkhususan dalam bidang neurologi.Beliau mengahwini Martha Bernays dan dikurniakan empat orang anak. Anna (1895) merupakan ank bongsu Freud yang banyak menyumbang dalam bidang psikoanalisis. Menghabiskan seluruh hidupnya terhadap teori yang diciptanya (Psikoanalisis). Awal umur 40-an, mengalami kecelaruan emosi dan fobia kepada kematian. Waktu inilah beliau menganalisis kendiri serta meneroka makna mimpi-mimpinya dan akhirnya beliau menemui celik akal tentang dinamika perkembangan personaliti manusia. Pertama beliau menganalisis ingatan-ingatan semasa kanak-kanak dan beliau mula menyedari perasaan permusuhan yang amat sangat kepada ayahnya. Beliau juga mengingati bagaimana beliau mempunyai perasaan berahi tarhadap ibunya yang dianggapnya sangat menarik, penyayang, dan bersikap melindungi. Freud sukar bertoleransi dengan rakan sejawatnya yang tidak menyokong teorinya. Beliau cuba mengawal pergerakan dan perkembangan teorinya dengan memecat mereka yang tidak bersetuju dengan teorinya. Beliau telah memecat Carl Jung dan Alfred Adler yang pada awalnya bekerja rapat dengan beliau akhirnya menubuhkan doktrin tersendiri kerana tidak bersetuju dengan beberapa aspek Teori Psikoanalisis. Freud seorang yang sangat kreatif dan produktif serta bekerja 18 jam sehari. Antara sumbangan terbesarnya dalam dunia psikologi adalah dengan mengkaji psiki manusia melalui teori personaltinya serta mengkaji konsep-konsep mekanisma bela diri. Beliau melalui saat-saat sukar dari segi kesihatan kerana menghidap kanser rahang dan telah melalui 33 kali pembedahan. Beliau akhirnya meninggal dunia di London pada tahun 1939. Sebagai pengasas Teori Psikoanalisis beliau menganggap diri beliau sebagai seorang intelek yang sangat hebat. Beliau mempelopori teknik-teknik baru dalam memahami tingkahlaku manusia dan usaha beliau telah menghasilkan satu teori personaliti dan psikoterapi yang unik pernah tercipta di dunia ini.Bapa Psikoterapi Moden
Nama Sigmund Freud tidak asing lagi dalam dunia psikologi. Nama beliau amat fimiliar bagi sesiapa sahaja yang meminati dan mempelajari ilmu psikologi. Freud dilahirkan di Freiberg, Moravia pada 6 Mei 1856. Beliau merupakan bapa psikoterapi moden. Ketika umur 17 tahun, Freud telah memasuki sekolah perubatan di Universiti Vienna pada tahun 1873. Menceburi bidang perubatan dan seterusnya membuat pengkhususan dalam bidang neurologi.Beliau mengahwini Martha Bernays dan dikurniakan empat orang anak. Anna (1895) merupakan ank bongsu Freud yang banyak menyumbang dalam bidang psikoanalisis. Menghabiskan seluruh hidupnya terhadap teori yang diciptanya (Psikoanalisis). Awal umur 40-an, mengalami kecelaruan emosi dan fobia kepada kematian. Waktu inilah beliau menganalisis kendiri serta meneroka makna mimpi-mimpinya dan akhirnya beliau menemui celik akal tentang dinamika perkembangan personaliti manusia. Pertama beliau menganalisis ingatan-ingatan semasa kanak-kanak dan beliau mula menyedari perasaan permusuhan yang amat sangat kepada ayahnya. Beliau juga mengingati bagaimana beliau mempunyai perasaan berahi tarhadap ibunya yang dianggapnya sangat menarik, penyayang, dan bersikap melindungi. Freud sukar bertoleransi dengan rakan sejawatnya yang tidak menyokong teorinya. Beliau cuba mengawal pergerakan dan perkembangan teorinya dengan memecat mereka yang tidak bersetuju dengan teorinya. Beliau telah memecat Carl Jung dan Alfred Adler yang pada awalnya bekerja rapat dengan beliau akhirnya menubuhkan doktrin tersendiri kerana tidak bersetuju dengan beberapa aspek Teori Psikoanalisis. Freud seorang yang sangat kreatif dan produktif serta bekerja 18 jam sehari. Antara sumbangan terbesarnya dalam dunia psikologi adalah dengan mengkaji psiki manusia melalui teori personaltinya serta mengkaji konsep-konsep mekanisma bela diri. Beliau melalui saat-saat sukar dari segi kesihatan kerana menghidap kanser rahang dan telah melalui 33 kali pembedahan. Beliau akhirnya meninggal dunia di London pada tahun 1939. Sebagai pengasas Teori Psikoanalisis beliau menganggap diri beliau sebagai seorang intelek yang sangat hebat. Beliau mempelopori teknik-teknik baru dalam memahami tingkahlaku manusia dan usaha beliau telah menghasilkan satu teori personaliti dan psikoterapi yang unik pernah tercipta di dunia ini.Humor Boleh Menghilangkan Stress
AWAS!!! Teknik Perkaitan Bebas Psikoanalisis
Merujuk kepada kartun di atas, ia menceritakan tentang 'free association' atau teknik 'perkaitan bebas' yang digunakan dalam terapi psikoanalisis. Kartun diatas adalah satu bentuk sinis humor terhadap teknik ini. Mengikut teknik ini 'perkaitan bebas' yang sebenarnya, kaunselor atau terapis biasanya akan menyebut satu perkataan kepada kliennya kemudian diminta untuk menyebut apakah perkataan yang terlintas difikiran mereka secara ringkas dan padat. Ini bertujuan untuk mecari faktor atau punca sebenar apakah perkara atau peristiwa yang menganggu klien dari segi psikologinya. Berbalik kepada kisah kartun diatas, sebenarnya bagi pendapat aku kliennya itu menembak kepalanya sendiri kerana tidak sanggup diperli oleh kaunselor tersebut. Ini kerana jika didengar dengan teliti klien itu sebenarnya seorang yang sengau. Apabila kaunselor itu sebut 'politic', klien itu membalas 'shmolotic'. Kaunselor sebut 'family' dia pula sebut 'shmemely'. Bila sebut 'accident' dia sebut 'shmemident' dan begitulah seterusnya... apabila kaunselor akhirnya merasakan kliennya hanya bermain-main. Kaunselor tersebut menyebut 'shmoking' (smoking) dan klien hanya terdiam.....
(lalu menembak diri sendiri)
Dimensi Kelainan Tenaga Kerja
Kelainan tenaga kerja boleh didefinisikan sebagai adanya ciri-ciri individu dalam dirinya yang menyebabkan satu perbezaan antara satu sama lain. Umumnya, kelainan tenaga kerja atau diversiti tenaga kerja dapat dijelaskan melalu tiga dimensi. Dimensi pertama adalah dimensi sahsiah, nilai dan sikap dalam diri seseorang itu yang melambangkan pandangannya mengenai sesuatu hal sama ada betul atau pun salah. Ianya mempengaruhi sikap dan tingkahlaku dimana nilai merupakan kepercayaan global yang membimbing tindakan dan penilaian merentasi semua situasi. Dimensi kedua pula adalah dimensi dalaman (internal) iaitu merujuk kepada kesediaan seseorang memberi respon secara positif ataupun secara negatif kepada orang lain dan perkara dalam persekitaran. Dimensi ketiga pula adalah dimensi luaran (external) merujuk kepada ciri-ciri seperti wajah, pengalaman kerja, tabiat peribadi, agama yang dianuti, latar belakang pendidikan dan status perkahwinan. Manakala paras terakhir pula adalah dimensi organisasi. Dimensi organisasi merujuk kepada perkara-perkara seperti lokasi kerja, senioriti, status pengurusan, klasifikasi dan bidang tugas. Memandangkan perubahan dalam dunia kerja yang berlaku pada masa kini, peningkatan tahap kelainan kerja dilihat semakin meningkatkan sedikit sebanyak cabaran yang dihadapi oleh pihak majikan untuk menanganinya dengan baik. Justeru itu, adalah bagitu penting untuk mengetahui apakah punca-punca masalah yang timbul disebabkan kurangnya pemahaman mengenai konsep kelainan kerja ini.
Kisah Seekor Keldai
seekor keldai kepunyaan seorang peladang telah jatuh ke dalam sebuah perigi. Keldai itu bersedih dan menangis manakala tuan punya keldai tersebut berfikir bagaimana untuk mengeluarkannya. Akhirnya peladang itu membuat keputusan bahawa keldai tersebut sudah tua, dan perigi tersebut sememangnya perlu ditimbus oleh itu tidak berbaloi untuk bersusah payah mengeluarkan keldai tersebut. Maka peladang itu mengajak semua jirannya untuk datang bersama-sama menolongnya. Mereka membawa penyodok dan mula menyodok tanah, pasir, lumpur dan sampah sarap ke dalam perigi tersebut. Pada mulanya apabila keldai tersebut sedar apa yang sedang berlaku, ia pun menangis dengan kuatnya. Namun anehnya, beberapa ketika kemudian, tiada kedengaran lagi tangisan keldai tersebut. Orang kampung meneruskan kerja. Kemudian peladang itu menjenguk ke dalam perigi tersebut. Beliau begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya, keldai tersebut telah melakukan sesuatu yang menakjubkan. Dengan setiap longgokan tanah, pasir, lumpur dan sampah yang dihumbankan ke atas belakangnya. Keldai itu menggerakkan badannya untuk menepis serta membebaskan badannya daripada sampah sarap yang dihumban kepadanya. Kemudian melangkah naik lebih tinggi. Setiap kali dihumbankan sampah sarap, keldai itu akan membebaskan badannya dari sampah dan menaik selangkah lagi ke atas. Tidak lama kemudian, semua orang terpegun apabila melihat keldai tersebut melangkah keluar dari birai perigi dan dengan gembiranya berlari dari situ.EMPAT Kesan Putus Cinta
Menurut pakar psikologi, Rusbult mengenalpasti empat gerak balas dalam bentuk reaksi-reaksi psikologikal kesan putus cinta. Pertama, keluar daripada perhubungan yang merujuk kepada tindakan menarik diri atau mengancam untuk tidak meneruskan perhubungan percintaan yang dijalin. Pada pasangan yang mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama, maka tiada lagi pertemuan-pertemuan istimewa yang biasa dilakukan bersama. Status kekasih atau kawan istimewa bertukar kepada kawan biasa. Keluar daripada perhubungan adalah tindakan aktif yang pada masa sama bersifat distruktif. Ini kerana adakala ia disusuli dengan tindakan-tindakan di luar jangkaan yang memburukkan lagi suasana dalam diri dan status perhubungan. Emosi menguasai tindakan dan perilaku. Sifat yang tidak disedari muncul dalam keadaan tidak sedar atau kurang disedari.
Kedua, bersuara di mana pasangan di ambang perpisahan bersuara dengan membuat perbincangan, cuba berkompromi, menghadiri sesi kaunseling atau terapi dalam usaha mengubah pasangan. Bersuara tidak bermaksud meluahkan secara lisan apa yang berlaku tetapi bersuara melibatkan reaksi-reaksi aktif positif yang membina. Ketiga, kesetiaan untuk terus bersama dengan pasangan walaupun menyedari wujudnya masalah dalam perhubungan intim. Mereka yang tidak setia sebenarnya tidak cuba menyelesaikan masalah yang melanda perhubungan tetapi lebih kepada percubaan untuk terus bertahan mengharungi pergolakan perhubungan percintaan mahupun perkahwinan. Mereka yang menganggap diri setia mempercayai keadaan akan berubah dengan berlalunya masa. Mereka menekankan kepentingan dengan meyakinkan diri untuk terus kekal bersama. Kesetiaan dari sudut psikologi adalah sesuatu yang pasif tetapi bersifat konstruktif.
Keempat, pengabaian di mana keengganan untuk bersama mengendali, mengurus permasalahan yang sedang memporak-perandakan perhubungan percintaan. Lantas, seseorang itu lebih rela membiarkan perhubungan dibubarkan saja. Tindakan mengabai, ditunjukkan dalam bentuk tindakan seperti tidak mempedulikan pasangan, mengurangkan masa bersama, tidak mahu membincangkan masalah sebenar, melayan pasangan dengan cara yang tidak sesuai, tidak wajar atas desakan emosional, mengkritik pasangan dengan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan masalah sebenar. Perlu diingati keempat-empat reaksi-reaksi emosional serta tindakan psikologikal akibat putus cinta sebagaimana yang dijelaskan di atas berlaku dalam keadaan yang berbeza antara individu. Perbezaan ini dipengaruhi oleh personaliti, latar belakang, jangka masa perhubungan percintaan, tahap pendidikan dan corak rangkaian pergaulan yang membentuk mentaliti menghadapi.
Apakah Mimpi Anda?
Mimpi mungkin mainan tidur. Mengikut kajian manusia menghabiskan masa hampir 6 tahun seumur hidupnya untuk bermimpi iaitu dengan purata 2 jam sehari. Setiap orang akan bermimpi dalam hidupnya. Bezanya sama ada dia ingat atau tidak akan mimpinya itu dan mimpi itu baik atau buruk. Persoalannya, bagaimana mimpi boleh berlaku? Soalan diatas mudah dijawab. Kita akan bermimpi jika kita tidur. Mimpi tercetus apabila kita tidur dalam keadaan REM (Rapid Eye Movement) dimana tidur kita itu tidak berlaku dalam keadaan yang nyenyak kerana masih berlaku lagi pergerakan mata sewaktu mahu tidur. Pada waktu ini, sel-sel neuron di sekitar mata akan menghantar signal kepada otak sebagai isyarat bahawa kita sudah bersedia untuk tidur. Kesannya kelopak mata akan menjadi semakin berat dan lesu. Manakala badan akan mula keletihan dan inginkan rehat. Apabila kita sudah tidur, otak kita akan mula mentafsir isyarat yang menghasilkan visual-visual iaitu di masa kita separa sedar. Dan disinilah bermula mimpi seseorang itu sewaktu tidurnya. Menurut Sigmund Freud (seorang ahli psikoanalisis) menyatakan bahawa mimpi membolehkan manusia menzahirkan keiginan, kemahuan dan kehendak yang tidak dicapai atau dipenuhi ketika di alam realiti. Sekiranya kita bermimpi buruk (nightmare) pula, itu pula dinyatakan sebagai satu langkah 'self-defense' minda bagi menyalurkan emosi yang terganggu atau tertekan. Hipocampus adalah pusat aktif otak sewaktu kita bermimpi dimana ianya adalah pusat utama semantic memory. Semantic memory inilah dimana tersimpannya memori kita yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang pernah kita hadapi sama ada ingat atau tidak. Oleh itu tidak hairanlah situasi yang berlaku dalam mimpi kita itu seolah-olah seperti pernah kita alami.