Rakan Blogger

AWAS!!! Teknik Perkaitan Bebas Psikoanalisis

Merujuk kepada kartun di atas, ia menceritakan tentang 'free association' atau teknik 'perkaitan bebas' yang digunakan dalam terapi psikoanalisis. Kartun diatas adalah satu bentuk sinis humor terhadap teknik ini. Mengikut teknik ini 'perkaitan bebas' yang sebenarnya, kaunselor atau terapis biasanya akan menyebut satu perkataan kepada kliennya kemudian diminta untuk menyebut apakah perkataan yang terlintas difikiran mereka secara ringkas dan padat. Ini bertujuan untuk mecari faktor atau punca sebenar apakah perkara atau peristiwa yang menganggu klien dari segi psikologinya. Berbalik kepada kisah kartun diatas, sebenarnya bagi pendapat aku kliennya itu menembak kepalanya sendiri kerana tidak sanggup diperli oleh kaunselor tersebut. Ini kerana jika didengar dengan teliti klien itu sebenarnya seorang yang sengau. Apabila kaunselor itu sebut 'politic', klien itu membalas 'shmolotic'. Kaunselor sebut 'family' dia pula sebut 'shmemely'. Bila sebut 'accident' dia sebut 'shmemident' dan begitulah seterusnya... apabila kaunselor akhirnya merasakan kliennya hanya bermain-main. Kaunselor tersebut menyebut 'shmoking' (smoking) dan klien hanya terdiam.....

(lalu menembak diri sendiri)

Dimensi Kelainan Tenaga Kerja



Kelainan tenaga kerja boleh didefinisikan sebagai adanya ciri-ciri individu dalam dirinya yang menyebabkan satu perbezaan antara satu sama lain. Umumnya, kelainan tenaga kerja atau diversiti tenaga kerja dapat dijelaskan melalu tiga dimensi.
Dimensi pertama
adalah dimensi sahsiah, nilai dan sikap dalam diri seseorang itu yang melambangkan pandangannya mengenai sesuatu hal sama ada betul atau pun salah. Ianya mempengaruhi sikap dan tingkahlaku dimana nilai merupakan kepercayaan global yang membimbing tindakan dan penilaian merentasi semua situasi. Dimensi kedua pula adalah dimensi dalaman (internal) iaitu merujuk kepada kesediaan seseorang memberi respon secara positif ataupun secara negatif kepada orang lain dan perkara dalam persekitaran. Dimensi ketiga pula adalah dimensi luaran (external) merujuk kepada ciri-ciri seperti wajah, pengalaman kerja, tabiat peribadi, agama yang dianuti, latar belakang pendidikan dan status perkahwinan.
Manakala paras terakhir pula adalah dimensi organisasi. Dimensi organisasi merujuk kepada perkara-perkara seperti lokasi kerja, senioriti, status pengurusan, klasifikasi dan bidang tugas. Memandangkan perubahan dalam dunia kerja yang berlaku pada masa kini, peningkatan tahap kelainan kerja dilihat semakin meningkatkan sedikit sebanyak cabaran yang dihadapi oleh pihak majikan untuk menanganinya dengan baik. Justeru itu, adalah bagitu penting untuk mengetahui apakah punca-punca masalah yang timbul disebabkan kurangnya pemahaman mengenai konsep kelainan kerja ini.


Kisah Seekor Keldai

Suatu hari seekor keldai kepunyaan seorang peladang telah jatuh ke dalam sebuah perigi. Keldai itu bersedih dan menangis manakala tuan punya keldai tersebut berfikir bagaimana untuk mengeluarkannya. Akhirnya peladang itu membuat keputusan bahawa keldai tersebut sudah tua, dan perigi tersebut sememangnya perlu ditimbus oleh itu tidak berbaloi untuk bersusah payah mengeluarkan keldai tersebut. Maka peladang itu mengajak semua jirannya untuk datang bersama-sama menolongnya. Mereka membawa penyodok dan mula menyodok tanah, pasir, lumpur dan sampah sarap ke dalam perigi tersebut. Pada mulanya apabila keldai tersebut sedar apa yang sedang berlaku, ia pun menangis dengan kuatnya. Namun anehnya, beberapa ketika kemudian, tiada kedengaran lagi tangisan keldai tersebut. Orang kampung meneruskan kerja. Kemudian peladang itu menjenguk ke dalam perigi tersebut. Beliau begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya, keldai tersebut telah melakukan sesuatu yang menakjubkan. Dengan setiap longgokan tanah, pasir, lumpur dan sampah yang dihumbankan ke atas belakangnya. Keldai itu menggerakkan badannya untuk menepis serta membebaskan badannya daripada sampah sarap yang dihumban kepadanya. Kemudian melangkah naik lebih tinggi. Setiap kali dihumbankan sampah sarap, keldai itu akan membebaskan badannya dari sampah dan menaik selangkah lagi ke atas. Tidak lama kemudian, semua orang terpegun apabila melihat keldai tersebut melangkah keluar dari birai perigi dan dengan gembiranya berlari dari situ.
Moral cerita ini adalah dalam kehidupan, kita akan bertemu dengan pelbagai masalah, cercaan, penghinaan dan lain-lain. Cara untuk keluar daripada perigi tersebut adalah dengan membebaskan badan daripada segala sampah sarap, kemudian melangkah ke atas. Setiap masalah yang kita hadapi, merupakan langkah pertama untuk kejayaan. Kita boleh keluar daripada perigi yang sangat dalam jika kita tidak berhenti mencuba dan tidak berputus asa. Bebaskan diri anda daripada tanah, pasir, lumpur dan sampah sarap. Kemudian melangkah naik. Dan Berlarilah…..

EMPAT Kesan Putus Cinta

Pada kaca mata umum kisah permasalahan cinta kelihatan remeh, kebudak-budakan serta tidak matang malah, dipandang serong kerana ada perkara yang lebih penting daripada kisah basa basi cinta dan putus cinta. Tetapi kepada mereka yang sedang atau pernah melalui episod putus cinta mengakui kesakitan psikologikal yang terpaksa ditanggung begitu berat. Kesan putus cinta begitu mendalam sehingga boleh melumpuhkan diri menyebabkan seseorang tidak berdaya, putus asa dan tidak berupaya berdepan dengan realiti. Ia mempengaruhi diri dalam perhubungan interpersonal pada masa hadapan. Tempoh merawat dan memulih diri kesan putus cinta tidak dapat dijangkakan. Kesannya, emosi membelenggu dan menghimpit. Fikiran bercelaru, kebingungan, tidak keruan adalah reaksi-reaksi psikologikal pemikiran dan emosional menjadikan konflik intrapersonal putus cinta membebankan.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan putus cinta. Antaranya ketidaksamaan status, kurang mahu berkongsi serta ketiadaan individu terdekat yang boleh menyatukan semula keintiman antara pasangan yang sedang bersengketa. Kecurangan juga adalah punca lain yang membawa kepada episod putus cinta.
Menurut pakar psikologi, Rusbult mengenalpasti empat gerak balas dalam bentuk reaksi-reaksi psikologikal kesan putus cinta. Pertama, keluar daripada perhubungan yang merujuk kepada tindakan menarik diri atau mengancam untuk tidak meneruskan perhubungan percintaan yang dijalin. Pada pasangan yang mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama, maka tiada lagi pertemuan-pertemuan istimewa yang biasa dilakukan bersama. Status kekasih atau kawan istimewa bertukar kepada kawan biasa. Keluar daripada perhubungan adalah tindakan aktif yang pada masa sama bersifat distruktif. Ini kerana adakala ia disusuli dengan tindakan-tindakan di luar jangkaan yang memburukkan lagi suasana dalam diri dan status perhubungan. Emosi menguasai tindakan dan perilaku. Sifat yang tidak disedari muncul dalam keadaan tidak sedar atau kurang disedari.
Kedua, bersuara di mana pasangan di ambang perpisahan bersuara dengan membuat perbincangan, cuba berkompromi, menghadiri sesi kaunseling atau terapi dalam usaha mengubah pasangan. Bersuara tidak bermaksud meluahkan secara lisan apa yang berlaku tetapi bersuara melibatkan reaksi-reaksi aktif positif yang membina. Ketiga, kesetiaan untuk terus bersama dengan pasangan walaupun menyedari wujudnya masalah dalam perhubungan intim. Mereka yang tidak setia sebenarnya tidak cuba menyelesaikan masalah yang melanda perhubungan tetapi lebih kepada percubaan untuk terus bertahan mengharungi pergolakan perhubungan percintaan mahupun perkahwinan. Mereka yang menganggap diri setia mempercayai keadaan akan berubah dengan berlalunya masa. Mereka menekankan kepentingan dengan meyakinkan diri untuk terus kekal bersama. Kesetiaan dari sudut psikologi adalah sesuatu yang pasif tetapi bersifat konstruktif.
Keempat
, pengabaian di mana keengganan untuk bersama mengendali, mengurus permasalahan yang sedang memporak-perandakan perhubungan percintaan. Lantas, seseorang itu lebih rela membiarkan perhubungan dibubarkan saja. Tindakan mengabai, ditunjukkan dalam bentuk tindakan seperti tidak mempedulikan pasangan, mengurangkan masa bersama, tidak mahu membincangkan masalah sebenar, melayan pasangan dengan cara yang tidak sesuai, tidak wajar atas desakan emosional, mengkritik pasangan dengan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan masalah sebenar. Perlu diingati keempat-empat reaksi-reaksi emosional serta tindakan psikologikal akibat putus cinta sebagaimana yang dijelaskan di atas berlaku dalam keadaan yang berbeza antara individu. Perbezaan ini dipengaruhi oleh personaliti, latar belakang, jangka masa perhubungan percintaan, tahap pendidikan dan corak rangkaian pergaulan yang membentuk mentaliti menghadapi.

Apakah Mimpi Anda?

Mimpi mungkin mainan tidur. Mengikut kajian manusia menghabiskan masa hampir 6 tahun seumur hidupnya untuk bermimpi iaitu dengan purata 2 jam sehari. Setiap orang akan bermimpi dalam hidupnya. Bezanya sama ada dia ingat atau tidak akan mimpinya itu dan mimpi itu baik atau buruk. Persoalannya, bagaimana mimpi boleh berlaku? Soalan diatas mudah dijawab. Kita akan bermimpi jika kita tidur. Mimpi tercetus apabila kita tidur dalam keadaan REM (Rapid Eye Movement) dimana tidur kita itu tidak berlaku dalam keadaan yang nyenyak kerana masih berlaku lagi pergerakan mata sewaktu mahu tidur. Pada waktu ini, sel-sel neuron di sekitar mata akan menghantar signal kepada otak sebagai isyarat bahawa kita sudah bersedia untuk tidur. Kesannya kelopak mata akan menjadi semakin berat dan lesu. Manakala badan akan mula keletihan dan inginkan rehat. Apabila kita sudah tidur, otak kita akan mula mentafsir isyarat yang menghasilkan visual-visual iaitu di masa kita separa sedar. Dan disinilah bermula mimpi seseorang itu sewaktu tidurnya. Menurut Sigmund Freud (seorang ahli psikoanalisis) menyatakan bahawa mimpi membolehkan manusia menzahirkan keiginan, kemahuan dan kehendak yang tidak dicapai atau dipenuhi ketika di alam realiti. Sekiranya kita bermimpi buruk (nightmare) pula, itu pula dinyatakan sebagai satu langkah 'self-defense' minda bagi menyalurkan emosi yang terganggu atau tertekan. Hipocampus adalah pusat aktif otak sewaktu kita bermimpi dimana ianya adalah pusat utama semantic memory. Semantic memory inilah dimana tersimpannya memori kita yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang pernah kita hadapi sama ada ingat atau tidak. Oleh itu tidak hairanlah situasi yang berlaku dalam mimpi kita itu seolah-olah seperti pernah kita alami.

5 Tahap Psikologi Di Ambang Maut

Seorang psikiatris iaitu Dr. Elisabeth Kubler-Ross telah mengemukan beberapa teori mengenai manusia dalam berhadapan dengan kematian sama ada kepada si mati atau mereka yang berhadapan dengan orang yang mati. Beliau telah melakukan banyak pemerhatian dan penelitian. Ini termasuklah dengan menjalankan hampir 200 temuramah terhadap orang yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mati seperti disebabkan oleh penyakit. Hasil daripada penelitian beliau, Kubler-Ross mendapati terdapat lima tahap reaksi dari aspek psikologi yang dikesan terhadap mereka yang berhadapan dengan kematian.
Tahap pertama adalah Denial (penafian), mereka yang mengetahui bahawa mereka akan mati tidak lama lagi kerana keadaan penyakitnya semakin teruk akan mula menafikan mengenai apa yang sedang berlaku kepada mereka. Mereka cuba mempertikaikan hakikat yang sebenar yang mereka diambang kematian. Daripada peringkat ini manusia akan mula menunjukkan reaksi marah apabila mendapati mereka tidak mempunyai sebab lagi untuk menafikan hakikat kematian mereka. Marah adalah tahap kedua yang dikemukan oleh Kubler-Ross dimana dalam pemerhatian beliau pesakit-pesakit berkenaan mudah panas baran. Hal ini boleh berlaku dalam keadaan sedar atau dibawah sedar. Kemarahan pesakit biasanya ditujukan kepada ahli keluarga terdekat dan jururawat yang menjaganya (jika di hospital). Oleh itu, ahli keluarga adalah orang paling signifikan menerima kesan berhadapan dengan mereka di tahap ini.

Di tahap ke-3 pula dikenali sebagai Bargaining (tawar-menawar). Selepas pesakit yang menghampiri kematian ini melepasi tahap marah, mereka akan mula sedar tiada guna untuk marah kerana ianya tidak mengubah apa-apa buat mereka. Dengan ini mereka lebih berserah kepada takdir dan mula membuat beberapa permintaan atau tawaran sama ada mula berdoa kepada Tuhan atau ahli agama. Kadang-kadang mereka juga membuat permintaan kepada doktor untuk berusaha memanjangkan umurnya sedaya mungkin dengan harapan tawaran yang dilakukan berkesan untuk mengelak kematian. Seterusnya, tahap ke-4 yang diketengahkan Kubler-Ross adalah tahap Depression (kemurungan) dimana pesakit pada tahap ini menunjukkan reaksi yang lebih jelas dan nyata memandang maut semakin menghampiri mereka. Dari segi fizikal, wajah mereka kelihatan lebih tegang dan kemerah-merahan. Mereka juga lebih banyak menggunakan masa untuk bersendirian dan termenung. Termenung mengenang nasib yang tak pasti. Dan akhir sekali mereka ini akan menempuh tahap penerimaan. Penerimaan, melalui pengamatan Kubler-Ross, beliau mendapati pesakit yang menghampiri kematian akan mula mencapai satu tahap kesedaran yang tinggi dimana mereka tahu dan faham bahawa ini adalah takdir sebenar untuk mereka. Sudah tiba waktunya untuk mereka pergi. Akhirnya mereka menerima hakikat bahawa kematian adalah sesuatu yang akan dihadapi oleh semua orang. Termasuklah kita, nyawa kita dan takdir kita telah ditentukan oleh-Nya.

'Sense Of Humor' atau 'Lawyer Burok'

Humor adalah sesuatu yang berkait rapat dengan unsur komedi, kelakar, lucu dan mencuit hati. Saya tertarik dengan isu 'Sense Of Humor' kerana tidak ramai orang yang berada diluar sana tahu salah satu ciri-ciri orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang mempunyai 'Sense Of Humor' atau memiliki nilai humor dalam keperibadian mereka. Mungkin orang ramai menganggap ini adalah perkara remeh tetapi tidak bagi saya. Orang yang memiliki 'sense of humor' ini sebenarnya merupakan seorang yang istimewa kerana tidak ramai yang mampu membuat orang tersenyum ketawa dan terhibur dengan apa yang diucapkan atau dilakukan mereka. Orang seperti ni biasanya kelihatan biasa-biasa sahaja, tidak terlalu serius sangat. Mereka yang ada 'sense of humor' ini sebenarnya merupakan seorang yang mampu memanipulasi situasi sekelilingnya. Mereka ini juga seorang kreatif dan bijak bermain dengan kata-kata. Ciri-ciri seperti inilah meletakkan mereka sebagai seorang yang lain daripada yang sekiranya diletakkan dalam satu kelompok manusia. Dan mereka ini pandai mencari perhatian orang ramai untuk menjadikan diri mereka menarik.

Walaubagaimana pun, isu 'sense of humor' yang saya ketengahkan ini jauh dari apa yang orang maksudkan 'lawyer burok' seperti selalu kita dengar dicuping-cuping telinga dari bibir mulut yang memberi alasan bodoh. Ada garis pemisah antara 'sense of humor' dengan orang yang 'lawyer burok', dimana mereka yang 'lawyer burok' sebenarnya ini selalu cuba memberi alasan atau daleh untuk membela diri mereka dalam satu-satu situasi. Orang yang memiliki 'sense of humor' ini adalah seorang yang sentiasa cuba mengaitkan sesuatu benda yang nampak bodoh dengan ideanya sendiri supaya ia menjadi logik dan menarik. Ini menjadikan idea baharu yang diketengah mereka ini adalah sesuatu yang bijak untuk didengar. Tetapi antara kedua-dua konsep ini 'sense of humor' dengan ' lawyer burok' mempunyai persamaan iaitu jika apa yang diucapkan atau dikatakan mereka itu sesuatu yang kelakar anda gelak sahaja dan anda ketawa. Tetapi disebalik apa yang anda gelak dan ketawakan itu tidak pernah anda fikir secara serius. Kadang saya sendiri terfikir tentang apa yang saya sendiri cakap ata ucapkan dalam kehidupan seharian sama ada ia merupakan sesuatu yang ada nilai humor yang bermanfaat atau 'lawyer burok' yang dikukuhkan lagi dengan lawak bodoh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...