Rakan Blogger

Kekuatan Mental Harimau Malaya

Oleh : Azrif Azmi
Selepas tewas 1-5 pada perlawan pertama peringkat kumpulan Piala Suzuki 2010 di Indonesia yang juga tuan rumah, skuad Malaysia dilihat mula menunjukkan peningkatan demi peningkatan yang sangat memberansangkan. Bermula dengan keputusan seri 0-0 dengan jaguh Asia Tenggar iaitu Thailand, kemudian membenam cabaran Laos 5-1 sebelum menumpaskan juara bertahan Vietnam dengan agreget 2-0 dalam peringkat separuh akhir. Dan paling mengejutkan adalah Malaysia membelasah Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Bkt.Jalil baru-baru ini. Wow!!! Ini adalah satu pencapaian, kejayaan dan peningkatan. 

Disebalik prestasi mendadak ini, saya dapat lihat ada sesuatu yang membezakan skuad kebangsaan sedia ada ini berbanding dengan skuad-skuad sebelum ini (merujuk kepada 2001 - 2009). Apa yang saya maksudkan disini adalah kekuatan mental yang ditunjukkan mereka. Skuad Piala Suzuki 2010 ini, rata-ratanya adalah dalam lingkungan 23 tahun dan mereka semua ini dibentuk sejak skuad remaja yang memang dibimbing oleh K.Rajagopal. Kekalahan besar diperingkat awal seperti tidak memberi apa-apa kesan kepada barisan pemain dan mereka hanya teruskan permainan seperti biasa. Mereka fokus terhadap permainan. Semasa menentang Thailand, keseluruhan pasukan bertahan dengan baik. Corak bertahan Malaysia yang kental dan kebal menyebab Thailand gagal menjaringkan gol walaupun menguasai permainan. Sebagai pasukan yang dianggap 'mentah' pada mulanya, Malaysia menunjukkan kematangan apabila menewaskan Laos 5-1. Bermain dalam cuaca hujan pada masa itu, Malaysia sedikit pun tidak terjejas malah kekal fokus untuk mencari jaringan. Selain itu malaysia membuktikan mereka memiliki kualiti mental yang tinggi apabila mampu bermain di Hanoi dan mengikat tuan rumah Vietnam 0-0 selepas menjaringkan 2 gol di Bkt.Jalil. Pada masa itu Malaysia hanya bertahan dan bertahan. Dan ada sesekali melakukan counter attack secara mengejut yang berpotensi mendapat gol. 

Final pertama di Bkt.Jalil tempoh hari sekali lagi membuktikan yang skuad sedia ada ini tidak punya alasan kegugupan atau tertekan berhadapan dengan lawan dan penonton sendiri. Seperti mana yang kita tahu, peminat tempatan seringkali meletakan harapan tinggi kepada pasukan negara, ini mungkin menyebabkan tekanan kepada pemain. Tetapi melihatkan corak permainan mereka hari itu, mereka langsung tidak gugup untuk mengawal bola dan merencanakan serangan ke kubu lawan. Walaupun pasukan Indonesia memilik penyerang import, Malaysia melayan kunjungan Indonesia sama seperti pasukan lain. Insiden lazer di Bkt.Jalil menyebabkan perlawanan terhenti hampir 10 minit, dan disambung semula selepas itu. Apa yang mengagumkan saya adalah mereka masih kekal fokus untuk menang. Sebaliknya saya dapat lihat pasukan Indonesia hilang rentak secara tiba-tiba. Menjelang perlawan akhir yang terakhir Piala Suzuki 2010 ini, saya harap barisan pemain negara mengekalkan tahap kekuatan mental yang mereka ada pada masa ini. Jangan terlalu selesa dan over confident sebaliknya bermain seperti biasa. Bermainlah segarang Harimau Malaya!!!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...